VIDEO: Wanita Mengamuk Lapor Polis, Krim Kurus Tak Panas

wanita mengamuk krim kurus tak panas

ALAHAI.. macam-macam. Sebuah video memaparkan seorang wanita mengamuk di hadapan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur kini tersebar menjadi viral di media sosial.


Menerusi video tersebut, wanita bernama Bella meluahkan amarahnya apabila mendakwa krim pelangsingan badan yang dibeli, tidak panas seperti disangkakan.
Jelasnya, dia sudah memaklumkan kepada penjual produk tersebut yang dikenali sebagai Wanie, namun jawapan yang diterima menghampakan dirinya.
Tidak berpuas hati dengan produk tersebut, dia yang ingin menurunkan berat badannya bertindak membuat laporan polis berkenaan hal itu.
Dakwanya, ubat pelangsing berat badan itu tidak boleh membakar lemaknya sekiranya tidak mempunyai rasa panas.
Dalam video tersebut, Bella turut menyelar produk keluaran Bumiputera dengan menyifatkan ianya langsung tidak berkualiti.
Video berdurasi 1.37 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengkritik wanita itu kembali.
“Alahaiii.. kondem produk Melayu yang baru sehari guna… yang selama ini hakak guna produk bukan Melayu tu tak slim melim pun… apedaa.. jangan le bukak aib sendiri hakak oiii,” kata Faezah.
“Ni ciri2 orang malas berekreasi. Nak kurus tapi nak main sapu jer. Alahai..,” kata Zulkarnain.
Ermm.. rasanya sesiapa yang mendengar luahan marah Bella dalam video tersebut pasti tertawa.
Mana tidaknya, jika difikirkan dengan logik mana mungkin dengan menyapu krim secara pantas dapat melangsingkan berat badan tanpa berusaha dengan bersenam dan mengawal pemakanan juga.
Rasanya, cik Bella juga perlu ukur badan di baju sendiri, sebelum mensensasikan isu kecil hingga perlu buat laporan polis.
Takut-takut nanti, batang hidung sendiri yang malu. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "VIDEO: Wanita Mengamuk Lapor Polis, Krim Kurus Tak Panas"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Just For You - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info