Akhirnya gambar & identiti dua wanita dedah mesej lucah pelawak terkenal kini terbongkar


Dua wanita yang tampil mendedahkan perilaku buruk seorang pelawak kasanova berbuat demikian bukan untuk mencari publisiti murahan, sebaliknya mahu mengelakkan wanita lain menjadi mangsa.

Walaupun ada yang tidak senang dengan pengakuan mereka, seorang wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Sasha berkata, dia tampil membuat pendedahan bagi mengingatkan pelawak terkenal itu supaya tidak berasa terlalu yakin dia boleh terlepas begitu saja.

Malah mengikut Sasha bagi menegakkan hak wanita, dia sanggup berdepan tuduhan menjadi punca pelawak terkenal itu berani membuat kelakuan sumbang atas alasan, ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’.

“Saya terpanggil untuk tampil bukan kerana ingin mencari publisiti murahan tetapi ingin menegakkan hak sebagai seorang wanita.

“Kini, saya turut minta nasihat daripada rakan-rakan untuk tindakan selanjutnya,”
 katanya kepada BH Online tetapi tidak mengulas lanjut sama ada akan melaporkan gangguan pelawak kasanova itu kepada polis.

Mengikut Sasha, dia tidak akan mempedulikan komen negatif terhadapnya kerana tahu dia bertindak atas prinsip berani kerana benar.

Sebelum ini Sasha mendedahkan mengenai seorang pelawak terkenal yang sering meminta gambar lucah dan menghantar mesej berbaur seks kepadanya menerusi aplikasi WeChat.

Dalam pada itu, mangsa terbaru Katherine (bukan nama sebenar), mendedahkan pelawak berkenaan berani mengganggunya walaupun memberitahu sudah mempunyai teman lelaki.

Mengikut Katherine, dia bukanlah mangsa pertama perlakuan jijik pelawak terkenal itu yang sering menghantar mesej lucah dan meminta gambar bogel mereka.

Lihat foto wajah sebenar dua wanita itu kat SINI.

Pendedahan Sasha dan Katherine beserta video ada ditampilkan dalam segmen premium BH Plus.

Sumber : Malaysianreview


0 Komentar untuk "Akhirnya gambar & identiti dua wanita dedah mesej lucah pelawak terkenal kini terbongkar"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Just For You - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info