Tidak Guna Pencuci Muka Selama 31 Hari..Hasilnya Amat Mengejutkan !



PENGGUNAAN produk pencuci muka sudah menjadi rutin yang wajib dilakukan saban hari bagi menjaga kulit wajah tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Penjagaan rutin ini dikatakan penting bagi mengelakkan wajah daripada berhadapan masalah kulit seperti berminyak, kulit kering dan berjerawat.
Dalam pada itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Erica telah melakukan eksperimen terhadap kulit wajahnya sendiri dengan berhenti menggunakan mana-mana pencuci muka selama sebulan.
Apa yang berlaku, perubahan pada kulit wajahnya sangat mengejutkan!
Wajah Erica sebelum berhenti menggunakan pencuci muka.
Wajah Erica sebelum berhenti menggunakan pencuci muka.
2682BACD00000578-0-image-a-10_1426007689381
Wajah Erica selepas 31 hari tidak menggunakan pencuci muka.
Wajah Erica selepas 31 hari tidak menggunakan pencuci muka.
Kulit wajahnya semakin cerah, tidak lagi berminyak dan nampak segar hinggakan ramai rakan-rakan menyedari perubahan tersebut.
Bercerita lanjut tentang ekperimen yang dilakukannya, Erica mendakwa dia hanya menggunakan tuala muka yang dibasahkan dengan air manakala pada waktu malam seperti biasa dia hanya menggunakan krim pelembab.
Hasilnya, wajah Erica tidak dibelenggu masalah kemerah-merahan.
Bagi Erica, kini dia tidak lagi memerlukan set penjagaan wajah termasuk pencuci muka, toner, dan ubat jerawat yang sebenarnya tidak bagus malah boleh memberi kesan sebaliknya terhadap kulit.
Sebelum ini, penyanyi popular Lady Gaga dan Salma Hayek juga pernah mendedahkan rahsia kecantikan mereka yang tidak menggunakan apa-apa produk pencuci muka.
- MYNEWSHUB.CC

Related Post

0 Komentar untuk "Tidak Guna Pencuci Muka Selama 31 Hari..Hasilnya Amat Mengejutkan !"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Just For You - All Rights Reserved
Template By Catatan Info