Puak Dani atau Ndani adalah masyarakat dari tanah tinggi pusat barat New Guinea (wilayah Papua di Indonesia).Tanaman ruji puak Dani ialah ubi keledek, ubi kayu dan pisang.Mereka memasak babi yang dibalut dengan daun pisang beserta potongan ubi-ubian dan pisang dengan cara memanaskan batu dengan api, kemudian meletakkan balutan daging babi bercampur bahan lain tadi di atas batu yang telah cukup panas (ala-ala oven).Babi adalah makanan yang cukup berharga bagi mereka dan dimasak ketika ada upacara khas sahaja.
Aktiviti harian puak ini biasanya membuat senjata, latihan bertempur, wanita pula biasanya akan mengait beg tradisi mereka iaitu Noken.
0 Komentar untuk "MELAWAT KEHIDUPAN PUAK DANI DI PAPUA, 18SX"