PUNCA SEBENAR YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA

yus jambu.JPG
Pelakon dan pelawak, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya yang juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.
Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

12311225_1030159497051068_6590557790524741639_n.jpg
12321115_1188794751143544_8489662811810360126_n.jpg
Menurut sumber, Pak Yus dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan progaram ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.
“Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia,”
Pak Yus, anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini mula menjinakkan diri dalam industri hiburan tanah air dengan menyertai Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum menempah nama dalam bidang komedi apabila diumukan sebagai juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
12316068_1030203713713313_6640457786769222142_n.png
Jenazah Allahyarham Pak Yus dimandi, kafan dan disolatkan di Hospital Selayang, sebelum dibawa pulang ke Perlis untuk proses pengebumian.
12.jpg
1.jpg
Yus meninggal.jpg
Sama-sama kita sedekahkan A-Fatihah buat Allahyarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. InsyaAllah.
Yus Jambu Meninggal Dunia.jpg
Yus Jambu dalam kenangan.
0 Komentar untuk "PUNCA SEBENAR YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Just For You - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info