Amboi… Makan Hati Tengok Paha 4 Selebriti Terkenal Ini


SELAIN menjadi gelanggang untuk tampil glamor dengan leretan gaun dan persalinan anggun, pertunjukan fesyen juga merupakan medan golongan selebriti untuk berlumba siapa tampil paling ‘meletop’.

Ketika pertunjukan fesyen dari pereka terkenal Alia Bastamam semalam, maka ramailah selebriti ‘hotties‘ menghadirkan diri.

Namun, dalam ramai-ramai yang memenuhi barisan hadapan pentas peragaan, terdapat satu kelompok selebriti yang betul-betul mencuri tumpuan jemputan. Nak tahu siapa?



Sudah tentulah ‘hot mama‘ Nabila Huda dan Dynas yang disertai jelitawan lain seperti Tasha Shilla, Sharifah Sakinah dan Marsha.

Melalui perkongsian gambar di ruang Instagram, ramai terpana dengan belahan pakaian Tasha Shilla yang mencecah paras peha, begitu juga ‘cleavage’ Nabila Huda. Fuhh!




Penampilan seksi dan menggoda selebriti berkenaan menerima pelbagai reaksi baik daripada tetamu majlis mahupun pengguna Instagram.

Biasalah, ada yang memuji penampilan kesemua artis terbabit dan pada masa sama, ada yang mengkritik kerana tampil terlalu berani dan mendedah.

Senang cakap, berani pakai beranilah tanggung, kan? - mynewshub
0 Komentar untuk "Amboi… Makan Hati Tengok Paha 4 Selebriti Terkenal Ini"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Just For You - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info